Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedangkan dia berbuat baik, maka dia telah berpegang pada tali Allah :: Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga

Copyright ® 2006 PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI ISLAM NEGERI PERAK
Pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.
Harap Maklum.

Web Master

PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI PERAK

JABATAN AGAMA ISLAM
NEGERI PERAK

JABATAN AGAMA ISLAM
NEGERI PERAK

Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan

Pengurusan yang cekap bagi menjamin pertumbuhan kewangan yang baik amat penting di dalam sesebuah organisasi. Justeru itu, Perbadanan tidak hanya memandang kepada pengeluaran hasil semata-mata malah turut memberikan perhatian kepada pembangunan hubungan korporatnya lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar era ini.

Salah satu usaha pembangunan korporat ialah menerusi penubuhan Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan, salah satu anak syarikat Perbadanan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Islam di sekitar Ipoh khasnya. Perasmiannya telah pun disempurnakan oleh Pengerusi PKEINPk sendiri iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22hb Julai 2003 yang lalu.

Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan yang mula beroperasi pada 1 Mac 2001 merupakan pusat rawatan Islam yang pertama di Negeri Perak. Tujuan utama penubuhan pusat rawatan ini ialah untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam memberi perkhidmatan bersalin kepada umat Islam khususnya di Negeri Perak.

Jumlah modal keseluruhan telah mencecah RM1.3 juta. 83% saham dimiliki oleh PKEINPk manakala bakinya dimiliki oleh Persekutuan Seruan Islam. Pusat rawatan ini dilengkapi dengan 5 buah bilik berhawa dingin yang mempunyai 9 katil, 2 bilik bersalin, 2 bilik pemeriksaan dan 1 bilik nurseri untuk bayi. Buat masa ini pusat rawatan ini memberi tumpuan kepada perkhidmatan bersalin termasuk pemeriksaan ante-natal, pemeriksaan pap-smear serta pemeriksaan bayi yang baru lahir seperti perkhidmatan fototerapi. Bagi mempelbagaikan lagi khidmat rawatan, Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan juga menyediakan Pusat Heamodialisis kepada pesakit-pesakit buah pinggang dengan caj yang tidak membebankan. Seramai 40 orang pesakit yang ditaja oleh MAIAMPk mulai menjalani rawatan pada 25 November 2002 lalu di pusat tersebut. 

 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Pusat Perkhidmatan
Waktu Perkhidmatan
Aktiviti
Perancangan Masa Hadapan